Tuesday, August 17, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah sekolah Sungai Arus Lumut






Pada tahun 1935, penghulu di Kampung Sungai Arus iaitu Penghulu Birong ak Gubah merasakan bahawa sesebuah kampong yang maju dan dikenali ramai bukan sekadar stabil ekonomi penduduknya, malah ianya perlu mempunyai kemudahan asas. Maka dengan itu, beliau mencetuskan idea untuk membina sebuah sekoah dengan tujuan menaikkan nama Kampung Sungai Arus.


Pada mulanya, pembinaan sekolah dikawasan tersebut mendapat bantahan dari penduduk kampong, terutamanya daripada golongan tua. Mereka berpendapat tindakan mewujudkan sekolah adalah budaya asing yang dipercayai akan meruntuhkan nilai-nilai murni masyarakat Iban dan akan melenyapkan adapt resam yang mereka warisi selama ini. Kebanyakkan golongan yang menentang ini adalah terdiri daripada bomoh, bidan dan dukun. Mereka adalah golongan yang kuat menganut kepercayaan animisme. Walaupun begitu ramai juga dikalangan penduduk kampung yang menyambut baik cadangan itu terutamanya daripada golongan muda.


Walaupun Penghulu Birong telah mendapat persetujuan dari penduduk kampung, namun usaha pembinaan sekolah itu masih tidak dapat diusahakan. Beliau menghadapi masalah untuk menentukan tapak pembinaan sekolah tersebut. Ini kerana kawasan berdekatan telah diteroka dan ditanam dengan pokok kelapa, malah ianya sudah mula mengeluarkan hasil. Bagi menjayakan hasrat beliau itu, beliau dengan rela hati telah meminjamkan tanah kebun kelapanya untuk dijadikan tapak sekolah.



Pada tahun 1936 Sekolah Sungai Arus Lumut telah dibina. Pembinaan sekolah ini hanya mengambil masa dua hari. Sebuah sekolah kayu beratapkan daun nipah, tersergam indah di kawasan tanah persendirian. Menurut Suntai ak Bichu, Penghulu Birong ak Gubah tidak menjual tapak tanah tersebut, sebaliknya beliau hanya meminjamkannya sahaja. Oleh sebab itu, sekiranya sekolah itu ditutup, maka tanah tapak sekolah itu tetap menjadi miliknya atau waris terdekat. Disebalik pembinaan sekolah itu, terdapat satu masalah, iaitu tiadanya tenaga pengajar yang mahir untuk bertugas disekolah itu. Kemudian Penghulu Birong ak Gubah menemui Pegawai Daerah Simunjan yang seterusnya

No comments:

Post a Comment